Wednesday, October 27, 2010

Mencari Rezeki.


  • Di tahun2 akhir perkhidmatanku mencari rezeki
  • Aku dilatih dan diberi kursus kakitangan sumber untuk
  • Mata pelajaran prinsip akaun
  • Jabatan pendidikan negeri sembilan menghargai
  • Khidmat itu memberikan:-
  • Sijil Penghargaan Kakitangan Sumber KBSM
  • Mata Pelajaran Prinsip Akaun Tahun 1991.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan
  • Sijil Kehadiran Kursus
  • Kakitangan Sumber Untuk Mata Pelajaran Prinsip Akaun 1991.


  • Sahabat dan rakan itu diperlukan dalam penghidupan.
  • Dalam masa senang apa lagi dalam masa susah.
  • Derai ketawa rakan semasa kita suka menghiburkan hati.
  • Simpati sahabat semasa kita pilu menguatkan semangat dan kesabaran.
  • Carilah sahabat dan rakan sebanyak yang munkin
  • Di mana jua kita berada.


  • Hendaklah kamu jadi guru
  • Atau kamu jadi pelajar.
  • Sampaikan kepada pelajar ilmu dan pengatahuan
  • Walau pun sedikit
  • Tututlah ilmu itu sejak kecil hingga akhir hayat.


  • Bekerja dan berkhidmat adalah menunaikan tanggung jawab.
  • Pegawai atasan pengarah pendidikan menghargainya
  • Kepada siapa sahaja dibawah jagaannya
  • Harimau mati meninggalkan belang
  • Manusia mati meninggalkan nama
  • Nama yang baik menjadi kenang kenangan
  • Cerita masa yang telah lalu.


  • Kalau berjalan membawa bekal
  • Kalau ke hutan membawa parang
  • Umbut rotan dapat dikupas pucuk cemperai dapat dipungut
  • Kalau mengajar lengkapkan diri dengan ilmu dan pengatahuan
  • Murid faham guru rasa puas
  • Satu kepuasan.

No comments:

Post a Comment